Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Harap Tradisi Agih Bubur Lambuk Kampung Baru Dikekalkan

najib agih lambuk

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tradisi sumbangan bubur lambuk Kampung Baru kepada warga kota akan terus dikekalkan.

Beliau berkata saban tahun, beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi sumbangan bubur lambuk dan mengagihkan sendiri juadah yang sinonim dengan Ramadan itu kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru.

“Tahun ini, Alhamdulillah saya dapat hadir (mengagihkan sendiri bubur lambuk), saya nampak sambutan cukup menggalakkan, malah ada yang beratur lama menunggu giliran. Jadi, saya harap tradisi ini dapat kita kekalkan.

“…ini dapat wujudkan suasana yang cukup meriah dan perasaan untuk menyumbang adalah amal jariah yang kita galakkan terutama dalam bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas majlis mengagihkan bubur lambuk itu.

Kira-kira 12,000 bungkus diagihkan kepada orang ramai pada majlis itu.

Najib dan Rosmah turut meluangkan masa meninjau bazar Ramadan Kampung Baru di Jalan Raja Alang dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung bazar berkenaan.

Perdana Menteri percaya pengunjung dan peniaga sama-sama mendapat manfaat daripada tradisi membeli dan menjual juadah di bazar Ramadan itu.

“Memang satu daripada tradisi bagi peniaga-peniaga ini menyediakan pelbagai juadah dan pihak kerajaan menetapkan kadar sewa yang sangat rendah iaitu lebih kurang RM450 sebulan bagi bulan Ramadan.

“Saya percaya mereka (peniaga) dapat keuntungan dengan pembabitan ini, saya percaya orang ramai pun akan dapat manfaat kerana mereka dapat beli juadah dengan harga yang begitu rendah sekali,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan