Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib didakwa terima RM42 juta hasil aktiviti haram

NAJIB didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya. – Foto Sairien Nafis

 

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.

Najib didakwa menerima wang berjumlah RM42 juta hasil dari aktiviti haram yang dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Am Islamic Bank, Bangunan AmBank Group, No 55 Jalan Raja Chulan, dekat sini antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan kes ini kini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 1 bagi diambil pengakuan.

Pada 4 Julai lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.  – BH Online

Komen


Berita Berkaitan