Mahkamah juga memerintahkan supaya pasport biasa dan diplomatik beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Najib sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen terlebih dahulu sebelum Peguam Negara, Tommy Thomas mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. – UTUSAN ONLINE