Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib dianugerahkan gelaran Dai-Soke

najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dianugerahkan gelaran Dai-Soke, iaitu anugerah tertinggi dunia dalam bidang seni mempertahankan diri pada Perhimpunan Pertama Pahlawan Seni Mempertahankan Diri Sedunia di sini, November depan.

Dai-Soke, bermaksud pahlawan besar dalam bahasa Jepun itu akan disampaikan Presiden Kesatuan Seni Mempertahankan Diri Sedunia (WOMAU), Soh Byung-yong.

Perhimpunan di Dataran Istana Kehakiman di sini pada 22 dan 23 November ini dijangka disertai wakil dari 67 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Korea dan Indonesia, membabitkan lebih 20,000 pengamal seni mempertahankan diri, termasuk kira-kira 10,000 ahli Majlis Pendekar Malaysia (MPM).

Pengerusi Pelaksana program itu, yang juga Ketua Satria Muda MPM, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata anugerah Dai-Soke akan turut disampaikan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada perhimpunan itu.

“Perhimpunan yang julung kalinya diadakan di dunia akan mengumpulkan pengamal seni mempertahankan diri daripada pelbagai badan, termasuk Silat, Kung Fu, Wushu, Silambam, Muay Thai dan Taekwando,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri pertemuan tertutup dengan Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai pelaksanaan program berkenaan, semalam. Turut hadir, Pengerusi MPM, Tan Sri Omardin Mauju.

Megat Zulkarnain berkata, Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena perhimpunan itu pada 22 November ini, manakala perasmiannya akan dilakukan Najib pada hari berikutnya.

“Putrajaya dipilih sebagai lokasi perhimpunan bagi menyampaikan mesej bahawa MPM akan mempertahankan simbol pentadbiran negara ini daripada diceroboh pembangkang.” katanya.

Komen


Berita Berkaitan