Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Contoh Terbaik Konsep Hubungan Ulama, Umara

 

JITRA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan contoh terbaik pemimpin yang sentiasa menekankan kepentingan hubungan ulama dan umara (pemimpin) sekali gus membantu menangkis fahaman ekstremisme di negara ini.

Pengerusi Persatuan Jemaah Pondok-Pondok Kedah, Sabri Osman berkata gabungan mantap antara golongan tersebut mampu menonjolkan kekuatan Islam selain menjadi benteng kepada anasir-anasir luar yang bertentangan dengan agama.

“Kerajaan hari ini sememangnya banyak memberikan perhatian kepada kepentingan pendidikan agama dan institusi agama memandangkan hari ini banyak perkara yang tidak kita ingini berlaku seperti kewujudan fahaman yang berlawanan.

“Sebab itu dengan adanya bantuan seperti institusi tahfiz dan pondok ini, kerajaan boleh bertukar-tukar pandangan dalam usaha memartabatkan lagi agama Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi perdana menteri bersama pelajar tahfiz di Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah Pondok Tanjung Kapur di sini hari ini.

Katanya, pemerkasaan institusi tahfiz dan pondok melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) misalnya jelas membuktikan kerajaan sangat mengambil berat golongan agamawan di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata pendidikan agama di peringkat sekolah pondok sangat dekat di hati kerajaan dan ia akan tetap diangkat menjadi dasar dan agenda penting kerajaan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan