Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib bermalam di lokap SPRM

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto Mohd Fadli Hamzah

 

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan di lokap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah esok.

Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib tiba jam 4 petang tadi di ibu pejabat SPRM di sini.

Sebelum itu, Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, jam 2.35 petang tadi.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan dibuat terhadap Najib berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, Najib akan dituduh jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Media sebelum ini melaporkan yang siasatan SPRM menemui bukti sejumlah RM42 juta (AS$10.6 juta) dipindahkan daripada dana 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib pada akhir 2015, sebelum membuat cadangan supaya siasatan lanjut dijalankan tetapi ditolak peguam negara ketika itu.

Susulan langkah pihak berkuasa Malaysia membuka semula siasatan kes terbabit, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan terhadap 1MDB dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia berhubung skandal itu.

Pada 2016 dan 2017, DOJ mengambil tindakan melucutkan hak terhadap aset bernilai lebih AS$1.7 bilion yang disyaki hasil penyelewengan dana 1MDB.

Berdasarkan aduan, sejumlah lebih AS$4.5 bilion dana daripada 1MDB, didakwa diselewengkan menerusi pelbagai syarikat dan akaun bank yang terletak di Amerika Syarikat dan negara lain. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan