Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib beri tawaran istimewa untuk masyarakat Kiulu

Najib (dua dari kanan) ketika mendengar taklimat berhubung pembinaan jalab raya berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

TUARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan satu tawaran istimewa kepada masyarakat Kiulu sekiranya terus diberi sokongan untuk menerajui kerajaan selepas pilihan raya akan datang iaitu beliau akan merasai sendiri keunikan suasana berakit di Sungai Kiulu dalam kunjungannya selepas pilihan raya nanti.

Menurut Najib, tawaran istimewa itu hanya akan dapat direalisasikan sekiranya rakyat terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.

“Saya nak buat satu tawaran istimewa kepada rakyat Kiulu, kalau nak saya datang semula ke Kiulu, berilah sokongan kepada Barisan Nasional dan selepas pilihan raya nanti saya akan datang lagi ke Kiulu dan merasai sendiri keunikan berakit di Sungai Kiulu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ketika membuat Tinjauan Pembinaan Jalan Raya Telipok- Kiulu- Randagong, di Kampung Pukak, hari ini.

Pembinaan jalan ini telah mula diusulkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau selama hampir 17 tahun iaitu dari tahun 1999 hingga 2016 yang akhirnya diluluskan oleh Najib dan projek pembinaan jalan ini telah bermula pada Oktober 2016 dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Mac 2019.

Najib, turut menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad merupakan seorang pemimpin yang tidak mengambil berat soal pembangunan di Sabah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Menurut Najib, senario kepimpinan Tun Mahathir boleh dilihat melalui kelulusan pembinaan jalan raya sejauh 60 kilometer itu, yang menelan belanja sejumlah RM288 juta menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu dan Daerah Ranau yang telah diusulkan pada era kepimpinannya namun tidak dilaksanakan sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri, pembinaan jalan itu akhirnya dapat direalisasikan.

“Soal pembangunan di Sabah, saya sentiasa ambil berat, dan pada hari ini pembinaan jalan raya ini kita realisasikan walaupun pernah diusulkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-7 di bawah pemerintahan ‘orang itu’ (Tun Mahathir) tetapi dia tidak laksanakan.”

“Sekarang dia tawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri semula tapi jangan lupa dia tak ambil berat tentang orang Tuaran dan orang Kiulu malah jalan ini pun kita telah lama tunggu untuk direalisasikan dan pada hari ini selepas saya menjadi Perdana Menteri saya luluskan dan laksanakan pembinaan jalan ini,”katanya.

Yang Turut Hadir, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan barisan pemimpin negeri Sabah serta turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 5000 orang hadirin./SayangSabah

Najib (tengah) mengambil gambar bersama barisan pemimpin Negeri Sabah serta orang ramai yang hadir dalam majlis berkenaan. -Gambar ihsan JKM

Komen


Berita Berkaitan