Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Beri Bayangan Rombakan Kabinet

kabinet

SEPANG:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan tentang rombakan kabinet, menyatakan pelancaran klia2 di sini pada Selasa mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

“Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan,” katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran klia2.

 

Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran klia2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan.

Komen


Berita Berkaitan