Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Berbuka Puasa Bersama Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri

pmpuasa

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana Rabu malam.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Majlis berbuka puasa itu turut disertai pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil-wakil syarikat berkaitan kerajaan serta Ketua-ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Komanwel.

Pada majlis itu, Najib dan isteri turut meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah dari Sungai Merab, Kajang.

Perdana Menteri serta para hadirin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah.

Komen


Berita Berkaitan