Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib berangkat pulang dengan pesawat ‘Hebatkan Negaraku’

Pesawat Air Asia Airbus A330-300 yang memaparkan tema Manifesto BN.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berlepas ke ibu negara dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), pukul 4.45 petang tadi.

Najib yang tiba dari Kota Marudu pada pukul 4 petang meluangkan masa melihat paparan tema Manifesto Barisan Nasional (BN) ‘​Hebatkan Negaraku​’​, ​’​Make My Country Greater​’​ di pesawat Air Asia Airbus A330-300.
Terdahulu, Najib menghadiri program bersama rakyat di Penampang, Beaufort, Kota Marudu dan turut merasmikan bangunan UTC Keningau pagi tadi.

Hadir sama di LTAKK adalah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) ​Tambunan ​yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan​;​ calon ​DUN ​Petagas yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes dan Pengarah Air Asia Berhad, Datuk Aziz Bakar./PENERANGAN-

Najib (tengah) menunjukkan pesawat yang tertera tema Menifesto BN.

Komen


Berita Berkaitan