Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

NAJIB BANGGA WALAUPUN MALAYSIA TEWAS

10:25am 26/05/2014 Pak Roshan 11 views Sukan,Sukan Tempatan

pic-32
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan pasukan badminton negara yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia meskipun gagal menamatkan penantian 22 tahun negara untuk menjulang Piala Thomas.

“Kita tetap bersatu dalam kemenangan mahupun kekalahan. Saya bangga dengan pasukan PialaThomas negara. Kita cuba lagi dan tahniah kepada Jepun,” kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitter, Ahad.

Malaysia tewas 2-3 kepada pasukan Jepun pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, India, Ahad malam.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, ketika dihubungi penyampai berita sukan TV1 RTM Jasni Shafie, menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia walaupun mereka bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi piala berkenaan.

Rosmah, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata beliau berasa bangga kerana pemain Malaysia bermain bermati-matian terutama pemain perseorangan terakhir Daren Liew.

“Apapun kita tak putus asa. Saya rasa rakyat Malaysia setuju dengan saya. Mereka telah bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kita tunggu empat tahun lagi dan cuba dapatkan Piala Thomas untuk Malaysia, insya-Allah,” katanya.

Ditanya sama ada Perdana Menteri juga menonton siaran langsung perlawanan itu bersama beliau, Rosmah berkata mereka sekeluarga sempat menonton pusingan awal perlawanan akhir berkenaan sebelum Najib perlu menghadiri satu acara di luar.
“Saya patut iringi beliau… saya sudah sikat rambut dan pakai baju tapi bila tengok ada peluang (untuk menang), saya tunggu lagi. “Akhir sekali Datuk (Najib) telefon cakap tak payah pergi sebab diapun dah nak balik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan turut merakam ucapan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menunjukkan semangat yang juang tinggi.

“Saya berbangga dan saya pasti seluruh rakyat Malaysia juga turut berasa bangga dengan semangat juang tinggi yang telah ditunjukkan pasukan Malaysia pada malam ini. Mereka telah bertarung habis-habisan walaupun tidak dapat merangkul Piala Thomas,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi semangat dan sokongan jitu kepada pasukan negara.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan