Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Naib Presiden UPKO Angkat Sumpah Senator Penggal Kedua

senator
Datuk Dr Lucas Umbol – Foto : BERNAMA
KUALA LUMPUR : Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Dr Lucas Umbol hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator untuk penggal kedua.

Lucas mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Lucas, 55, dari Tenom, Sabah ketika ditemui Bernama berkata beliau akan meneruskan perjuangannya dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar terutama dalam aspek pendidikan serta infrastruktur.

“Saya ingin memperjuangkan kemudahan infrastruktur yang masih kurang di luar bandar antaranya dari segi jalan raya, pengangkutan, bekalan air bersih, elektrik, pendidikan dan sebagainya.

“Contohnya, Sekolah Kebangsaan Rundum, Tenom, Sabah serba ketinggalan dan banyak kekurangan dari segi kemudahan. Bayangkan kalau kantinnya tidak selesa, makan pun kurang selesa, maka pembelajaran tidak akan kondusif selain keadaan panas kerana sekolah masih lagi dengan dinding papan dan atap zink.

“Saya minta Kementerian Pendidikan melihat perkara ini supaya anak-anak kita ini dapat menikmati sebenar-benarnya Pelan Pembangunan Pendidikan yang diuar-uarkan selama ini,” katanya.

Beliau turut memuji tindakan kerajaan yang mengumumkan beberapa insentif kepada pekebun kecil di luar bandar dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

— BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan