Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Naib Ketua UMNO Semporna keluar parti

10:58pm 27/06/2016 Pak Roshan 2271 views Mutakhir,Politik
NAIB Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong. - Foto Malai Rosmah Tuah.

NAIB Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong. – Foto Malai Rosmah Tuah.

SEMPORNA: Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong hari ini mengumumkan keluar parti.

Turut mengambil tindakan sama ialah tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya dan 300 ketua cawangan bahagian itu.

Keputusan itu dibuat mereka selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu di sini yang dipengerusikan Jaujan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan.

Dalam sidang media, Jaujan berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat lepas menggantung keanggotaan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau berkata Mohd Shafie telah tidak diberi peluang membela diri dengan diberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum MT membuat keputusan menggantung keanggotaannya.

Bagaimanapun, Mohd Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu kerana sedang mengerjakan umrah.

Turut tidak hadir Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Nasir Tun Sakaran. UMNO Bahagian Semporna mempunyai 481 ketua cawangan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan