Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nahas Pesawat TNI: Angka Korban 141 Nyawa

nahas

MEDAN – Angka korban akibat tragedi pesawat pengangkutan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) terhempas di Medan pada Selasa dilaporkan meningkat kepada 141 orang, menurut polis tempatan.

“Kami sudah menerima 141 mayat,” kata seorang pegawai Polis Republik Indonesia (Polri), Agustinus Tarigan memberitahu agensi berita antarabangsa AFP di sebuah hospital di ibu kota Sumatera Utara itu pada Rabu.

Pesawat itu dipercayai terhempas, meletup dan terbakar di sebuah kawasan perumahan di Medan, sehingga memusnahkan bangunan-bangunan kediaman dan meranapkan sejumlah kereta penduduk di kawasan itu.

Jurucakap TNI AU dalam pada itu membetulkan kenyataan apabila menyatakan pesawat malang tersebut membawa 122 orang, termasuk 12 anak kapal. Ia sebelum ini menyatakan pesawat itu membawa 113 orang.

Pesawat jenis Hercules C-130 itu terhempas di sebuah kawasan perumahan yang baharu dibina di Medan, sebuah bandar raya yang diduduki dua juta orang; dan merempuh sebuah hotel kecil dan sebuah tempat hiburan.

Pegawai Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional (Basarnas) Medan sebelum ini mengesahkan sekurang-kurangnya tiga penduduk awam di kota itu terbunuh apabila pesawat tersebut merempuh bangunan.

Pasukan Basarnas kemudian terpaksa menggunakan alat kelengkapan berat untuk membersihkan serpihan-serpihan pesawat yang terhempas itu, selain giat meneruskan usaha mencari lebih banyak mayat.

Sementara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo berikrar akan melaksanakan langkah pemodenan pertahanan yang akan melibatkan semakan keselamatan terhadap pesawat tentera udara negara itu yang dikatakan usang.

Menurut rangkaian keselamatan penerbangan antarabangsa, 10 nahas melibatkan pesawat milik TNI atau Polri yang menyebabkan korban jiwa direkodkan berlaku sejak sedekad lalu di seluruh republik kepulauan tersebut.

Rekod keselamatan penerbangan Indonesia sekali lagi menjadi perhatian ekoran kejadian itu. Hanya enam bulan lalu, pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa, mengorbankan kesemua 162 penumpang dan anak kapal. – Agensi/Mynewshub/HAA

Komen


Berita Berkaitan