Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nahas MH17: Pramugara tukar syif kerja dengan rakan

Tukar Shift

BUKIT MERTAJAM: Sanjid Singh Sandhu, 41, pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine sepatutnya tidak bertugas dalam pesawat itu, tetapi beliau telah menukar syif kerja dengan rakan setugasnya.

Bapanya, Jijar Singh, 71, berkata beliau dihubungi anaknya pada Selasa yang memaklumkan dia menukar syif dengan rakannya untuk ke Amsterdam.

“Sepatutnya dia tidak berada dalam pesawat itu tetapi dia menukar syif dengan kawannya. Sanjid hanya beritahu dia menukar syif tanpa memberitahu sebabnya.

“Dia juga beritahu akan pulang melawat saya dan isteri saya hari ini dan ibunya sudah pun memasak makanan kegemarannya,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Selamat, Alma di sini hari ini.

Sanjid adalah antara 15 anak kapal pesawat itu yang terputus hubungan kira-kira 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30 kilometer (km) dari Tamak, kira-kira 50 km dari sempadan Ukraine dan Russia.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 itu telah ditembak.

Jijar yang juga pesara kerajaan berkata, beliau mengetahui mengenai tragedi yang menimpa anaknya selepas menerima panggilan daripada anak perempuannya di Itali.

Walaupun sedih, pasangan suami isteri berkenaan menerima berita itu dengan hati yang tenang.

“Apa yang berlaku sudah berlaku. Seluruh badan saya menggeletar ketika menerima berita ini 4 pagi tadi,” katanya yang baru sahaja menjalani dua pembedahan pintasan jantung.

Jijar berkata, kali terakhir anak lelaki tunggalnya itu yang tinggal bersama isteri dan anaknya di Selangor pulang melawatnya ialah pada bulan lepas.

Komen


Berita Berkaitan