Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nahas MH17: PM Ukraine jamin siasatan adil, menyeluruh

SKMM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine akan memastikan siasatan mencari punca nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) di Ukraine pada Khamis, dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.

Menurut portal Kerajaan Ukraine, http://www.kmu.gov.ua , Yatsenyuk juga memberi jaminan akan membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan.

“Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine berusaha memastikan siasatan yang adil dan menyeluruh terhadap punca nahas pesawat dan membawa pihak bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan,” kata portal itu.

Yatsenyuk turut menyampaikan ucapan takziahnya berikutan nahas itu.

Beliau berkata rakyat Ukraine juga amat terkejut dengan tragedi itu.

Komen


Berita Berkaitan