Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nahas MH17: Kotak hitam dipercayai sudah berada di Moscow

blackboX

Ukraine: Permainan tarik tali untuk memiliki kotak hitam pesawat MH17 kini bermula dengan laporan menyatakan alat itu yang satu-satunya boleh merungkai kepada kejadian sebenar insiden kemalangan pesawat malang berkenaan, sedang dibawa ke Moscow.

Pakar penerbangan berkata, kotak hitam itu yang mengandungi rakaman suara dan data kokpit boleh memberikan keputusan jelas sama ada ia ditembak jatuh atau dari arah mana misil peluru berpandu dilancarkan.

Memetik laporan The Telegraph menyebut alat rakaman suara dan data dalam pesawat Boeing 777 seperti dimiliki MH17 adalah antara yang tercanggih dalam kelas penggunaan pesawat awam.
Kami sudah tentu akan memberikan (kotak rakaman) kepada IAC di Moscow” Andrei Purgin, Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk
Bagaimanapun, ia mungkin sudah terlambat untuk mendapatkan semua kotak hitam berkenaan walaupun ada gesaan daripada pemimpin seluruh dunia seperti Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang mahukan penyiasat antarabangsa diberikan akses sepenuhnya kepada lokasi nahas.

Agensi berita Interfax melaporkan puak pemisah Russia di Ukraine sudah menemui kotak hitam itu dan bersetuju untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa keselamatan udara Russia.

Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk yang diiktiraf sendiri oleh pemisah, Andrei Purgin memberitahu Interfax; “Sudah tentu, kami sudah tentu akan memberikan (kotak rakaman) kepada Jawatankuasa Penerbangan Antara Negeri (IAC) di Moscow”.

Jawatankuasa itu menempatkan pakar bertaraf tinggi yang boleh menentukan dengan tepat punca kemalangan.
Mana-mana pakar yang mempunyai akses kepada kotak hitam mampu memanipulasi maklumat yang terkandung di dalam alat berkenaan daripada saat-saat akhir penerbangan dan boleh menghalang penyiasat daripada melakukan analisis yang telus.

Stesen radio Russia, Kommersant FM juga melaporkan kotak hitam itu kini dibawa ke Moscow.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata; “Sebuah badan antarabangsa mesti mempunyai akses sepenuhnya kepada lokasi nahas dan tiada sesiapa pun boleh masuk ke dalam kawasan itu, atau memindahkan mana-mana sisa nahas termasuk kotak hitam.”

Beliau berkata, pihak berkuasa Ukraine berjanji untuk memasukkan pasukan Malaysia menyertai pasukan siasatan nahas selain mengadakan rundingan dengan tentera pemisah untuk mewujudkan ‘koridor misi kemanusiaan’ di lokasi nahas.

Bekas Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat (NTSB), Deborah Hersman yang juga salah seorang penyiasat kemalangan utama dunia, memberitahu NBC; “Dalam tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya, perkara utama ialah untuk mencari empat bahagian pesawat dan yang paling penting ialah rakaman data pesawat serta rakaman suara kokpit.”

“Dua alat itu akan memberikan maklumat paling berguna mengenai apa yang sebenarnya terjadi pada saat-saat akhir sebelum nahas berlaku.”

Hersman berkata, konflik di Ukraine sedikit sebanyak akan menjejaskan proses siasatan.

Katanya, adalah penting supaya tiada bahan bukti yang diusik dalam apa cara sekali pun di lokasi nahas.

Komen


Berita Berkaitan