Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nahas MH17: Anjing, burung antara barangan kargo

400 PGA Sarawak

KUALA LUMPUR: Dua ekor anjing peliharaan dan sembilan ekor burung termasuk empat ekor merpati antara yang terdapat dalam kargo pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis.

Menurut kenyataan MAS hari ini kargo pesawat itu turut mengandungi pelbagai barangan kurier termasuk peralatan helikopter, barangan horikultur, barangan perubatan, bunga palsu, produk kegunaan harian, penapis, tekstil serta mel pos.

Selain itu, ia mengandungi bagasi yang mengandungi barang peribadi para penumpang pesawat malang itu dengan kesemua barangan dalam kargo itu adalah seberat 9,885.4kg.

Selain dihantar ke Malaysia, sebahagian besar barangan kargo itu akan dihantar ke negara-negara lain seperti Filipina, Vietnam, Australia dan India.

Komen


Berita Berkaitan