Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,783

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nahas kereta paling mahal

9:42am 02/12/2015 Pak Roshan 1103 views Global
KEROSAKAN dialami kereta dipandu Liu.

KEROSAKAN dialami kereta dipandu Liu.

Beijing: Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg Agera yang berharga 26.5 juta yuan (RM18 juta) di bandar Chongqing.

Media tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai ‘kemalangan kereta paling mahal di China.’

Pemandu dikenali sebagai Liu itu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, lapor People’s Daily Online.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam tengah malam di kawasan kejiranan Yubei apabila Liu dilaporkan hilang kawalan kenderaan dipandunya sebelum melanggar penghadang jalan menyebabkan kerosakan terhadap bampar serta tayar belakang.

Saksi berkata, pemandu terbabit duduk dalam kereta selama dua jam sehingga petugas datang menarik kenderaan itu.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan