Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nahas babitkan Sembilan kenderaan

slimriver

SLIM RIVER : Seorang kelindan lori parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Kilometer 365.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini, semalam.

Kemalangan membabitkan lima lori dan empat kereta itu dipercayai berpunca daripada tumpahan minyak daripada sebuah daripada kenderaan terbabit mengakibatkan kenderaan lain terbabas dan berlanggar sesama sendiri, jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintendan Othman Nanyan berkata, pada mulanya kemalangan itu hanya membabitkan sebuah lori membawa muatan durian yang melanggar lori membawa muatan sawit kisar.

Katanya, akibat perlanggaran terbabit menyebabkan minyak daripada lori yang membawa sawit kisar itu tertumpah dan tujuh lagi kenderaan melalui kawasan itu terbabas serta berlanggar sesama sendiri.

Menurutnya, empat kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, dua kereta Perodua Myvi, Nissan Sylphy, dan Perodua Viva manakala lima lori terbabit, sebuah treler dan tiga lori 10 tan.

“Siasatan awal mendapati, tumpahan minyak berkenaan menyebabkan kenderaan yang datang seterusnya gagal mengawal kereta bermula daripada kereta Myvi diikuti kenderaan lain.

“Kemalangan itu mengakibatkan kelindan lori terbabit seorang lelaki cedera parah di pinggang dan dirawat di Hospital Slim River, manakala seorang wanita yang memandu kereta Perodua Viva cedera ringan mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River Yusli Abd Latif berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.03 pagi dan tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas itu.

Katanya, bomba menggunakan peralatan kecemasan bagi mengeluarkan mangsa tersepit serta memisahkan kenderaan tersangkut antara satu sama lain.

Menurutnya, semua mangsa dapat diselamatkan dan operasi tamat jam 7.45 pagi.

Komen


Berita Berkaitan