Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nafas bantu naiktaraf pusat pemasaran produk PPK

Zubir (dua dari kiri) menyampaikan Watikan Pelantikan Presiden Kehormat kepada Timbalan Pegawai Daerah Penampang, William Sampil.
Zubir (dua dari kiri) menyampaikan Watikan Pelantikan Presiden Kehormat kepada Timbalan Pegawai Daerah Penampang, William Sampil.

PENAMPANG – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan memberikan bantuan dari segi peruntukan untuk penambahbaikan tempat pengumpulan produk yang dihasilkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negara ini.

Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zubir Zabidi berkata, langkah menaiktaraf tempat itu sebagai pusat pemasaran hasil usaha PPK bertujuan memudahkan operasi pemasaran produk di setiap PPK.

“Di Sabah, kita sudah membuka satu pusat baharu untuk memperkemaskan dan menyusun semula setiap PPK memandangkan Sabah adalah negeri yang luas dan mempunyai kekuatan tersendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan¬†Mesyuarat Agung Tahunan PPK Penampang, di Dewan Kinsabina, di sini hari ini.

Tidak dinafikan, Zubir berkata, Nafas Cawangan Sabah antara yang aktif dalam mengusahakan sektor perladangan dan dalam masa sama meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti perniagaan lain.

Menurutnya, projek tanaman terbesar yang diusahakan pada masa ini ialah kelapa sawit di kawasan ladang seluas 400 hektar di Sandakan dan kira-kira 30 peratus kawasan itu telah pun dimajukan.

Selain perladangan, katanya para ahli PPK di Sabah turut dilihat bergiat aktif menceburi aktiviti perniagaan yang berbeza-beza seperti ternakan, perbekalan dan memajukan tanah.

“Tidak salah sekiranya PPK Penampang bergiat dalam bidang lain seperti memajukan tanah atau stesen minyak atau perniagaan perbekalan, sebab mungkin kawasan di situ tidak besar untuk pertanian.

“Tetapi kalau di luar bandar mungkin ahli PPK menjalankan pertanian lebih jayanya. Justeru, saya mohon para ahli memberikan sokongan terhadap usaha untuk sama-sama membangunkan PPK penampang,” ujarnya sambil menambah Nafas kini mempunyai seraia sejuta ahli seluruh negara. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan