Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pameran Nafas Baru Seni

IMG_6350

Kota Kinabalu – Balai Seni Lukis Sabah sentiasa giat dalam usahanya untuk memberi nafas baru bagi mewarnakan lagi arena seni dan mempromosikan penyertaan mereka yang ingin menjinakkan diri dalam arena seni visual tempatan.

Hakikat ini diluahkan melalui Pameran Bakat-bakat Baru yang akan berlangsung pada 18 Januari – 8 April bertempat di galeri Balai Seni Lukis Sabah, Jalan Penampang, Kota Kinabalu.

Pameran pada tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada bakat-bakat baru yang dicungkil daripada pelbagai golongan umur dari seluruh pelusuk negeri.

Antara artis yang mempamerkan karya mereka ialah Asrizam Awang Aman, 27, penolong pustakawan yang berasal dari Kudat akan mempamerkan dua karya daripada aliran chemigram.

“Pameran ini berperanan besar dalam mendedahkan bakat baru seperti dirinya dan berharap ia akan diteruskan lagi pada masa hadapan,” katanya.

Manakala Juil Kumpit, 43, guru muzik dan anak jati Kota Belud pula mempertaruhkan dua karya kanvas akrilik aliran surealisme.

“Program ini berjaya membakar kembali semangatnya untuk berkarya dan langsung tidak menyangka akan terpilih kerana baru bergiat kembali dalam arena seni lukis, setelah meninggalkannya ketika di bangku sekolah lagi,” ujarnya ketika dihubungi.

Kebanyakan karya seni yang diketengahkan sepanjang pameran adalah dibuka untuk pembelian.

Maklumat lanjut mengenai pameran ini boleh didapati dengan menghubungi Galeri Seni Lukis Sabah. –Sukri/ SayangSabah.

 

 

Komen


Berita Berkaitan