Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Myvi terbabas, seorang maut dua lagi parah

5:25pm 19/01/2016 Leolerry Lajius 559 views Tempatan

IMG-20160119-WA0003

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 29 tahun maut dan dua yang lain cedera parah selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki mangsa terbabas dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tun Fuad Stephen berdekatan dengan Pelabuhan Sabah awal pagi tadi.

Mangsa Deandly Bin Masintan meninggal ketika dalam perjalanan menuju ke hospital kerana mengalami kecederaan yang parah manakala dua lagi rakan mangsa iaitu Mohd Hashim Iswat Bin Zulfikar, 21, dan  Stanford Dayou, 29, masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kemalangan ini berlaku ketika Perodua Myvi dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah Kota Kinabalu menghala ke arah Likas.

Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan ini telah terbabas ke tengah jalan (Pembahagi Jalan) dan melanggar pokok yang ada di atas pembahagi jalan. Akibat daripada kemalangan ini, pemandu dan dua penumpang telah tersepit di dalam kenderaan.

“Penumpang depan mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Sementara pemandu dan seorang lagi penumpang belakang juga cedera parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan