Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Myvi terbabas, seorang cedera

RANAU: Seorang cedera selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Ranau-Telupid petang kelmarin.

Mangsa mengalami kecederaan kerana tersepit pada kenderaan jenis Perodua Myvi yang hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.

Menurut pihak bomba, mangsa telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital berdekatan menggunakan kenderaan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 1.43 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 68 kilometer itu pada jam 2.52 petang.

Operasi yang melibatkan seramai enam orang anggota itu tamat pada jam 3.03 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan