Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MYTV Bakal Dilancar Ogos, Harga Dekoder Masih Rahsia

10:19am 22/05/2016 Pak Roshan 4249 views Mutakhir,Nasional

mytv

SETELAH lebih setahun melakukan siaran percubaan d seluruh negara tanpa sebarang publisiti besar-besaran, akhirnya perkhidmatan televisyen teresterial digital (DTT) secara percuma bakal menemui rakyat Malaysia.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh syarikat penyedia prasarana DTT tersebut iaitu MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. (MYTV) menerusi laman Facebook rasmi baru-baru ini sekali gus mencetuskan sensasi dalam kalangan ‘kaki TV’.

Menurut MYTV, siaran DTT buat masa sekarang sedang dalam fasa ujian di beberapa lokasi terpilih seluruh negara namun perkhidmatan DTT dijangka dilancarkan sepenuhnya pada seawal-awalnya Ogos atau September nanti.

Dalam pada itu, dua juta unit dekoder MYTV bakal diedar secara percuma kepada senarai penerima yang diluluskan pihak kerajaan terutama kalangan isirumah miskin dan berdaftar program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ini sekali gus membolehkan golongan itu dapat menikmati siaran televisyen percuma tanpa gangguan apabila mode analog digunakan semua stesen penyiaran teresterial ditamatkan dan negara kita beralih sepenuhnya kepada DTT.

Bagi yang tidak terpilih menerima set percuma, dekoder itu juga akan dijual menerusi kedai barangan elektrik di seluruh negara dan harga yang ditetapkan oleh kerajaan akan diumunkan sedikit masa lagi dijamin mampu dimiliki.

Tinjauan Mynewshub mendapati, harga standard set penerima siaran DTT itu di kebanyakan kedai pada masa ini ialah RM300 manakala menerusi laman jualan secara talian tempatan pula ada menawarkan serendah RM150.

Setakat ini siaran DTT melalui MYTV buat permulaan mengandungi lapan saluran percuma iaituTV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV AlHijrah dan Bernama TV sebelum ditambah lebih banyak lagi secara berperingkat-peringkat.

Menara Pemancar MUX 1 MUX 2 MUX 3
Gunung Ulu Kali (Genting Highlands) UHF 45 (666 MHz) UHF 49 (698 MHz) UHF 47 (682 MHz)
Menara KL (Kuala Lumpur) UHF 45 (666 MHz) UHF 49 (698 MHz) UHF 47 (682 MHz)
Bukit Pelindung (Kuantan) UHF 46 (674 MHz) UHF 44 (658 MHz) UHF 26 (514 MHz)
Bukit Besar (Kuala Terengganu) UHF 46 (674 MHz) UHF 44 (658 MHz) UHF 26 (514 MHz)
Bukit Bakar (Machang) UHF 45 (666 MHz) UHF 43 (650 MHz) UHF 51 (714 MHz)
Gunung Jerai (Alor Setar) UHF 45 (666 MHz) UHF 49 (698 MHz)
Bukit Keratong (Kota Kinabalu) UHF 36 (594 MHz) UHF 42 (642 MHz) UHF 48 (690 MHz)
Gunung Andrassy (Tawau) UHF 47 (682 MHz) UHF 43 (650 MHz) UHF 45 (666 MHz)
Gunung Kledang (Ipoh) UHF 45 (666 MHz) UHF 49 (698 MHz) UHF 51 (714 MHz)
Bukit Sungai Besi (Kuala Lumpur) UHF 45 (666 MHz) UHF 49 (698 MHz) UHF 47 (682 MHz)
Gunung Ledang (Muar) UHF 30 (546 MHz) UHF 52 (722 MHz) UHF 54 (738 MHz)
Bukit Trig (Sandakan) UHF 47 (682 MHz) UHF 43 (650 MHz) UHF 45 (666 MHz)
Gunung Serapi (Kuching) UHF 47 (682 MHz)

 

Untuk rekod, Mynewshub pernah menyiarkan laporan mengenai siaran DTT tersebut yang bakal membolehkan set dekoder MYTV menerima sebanyak 80 saluran televisyen dan 40 saluran radio secara percuma sepenuhnya.

Bagi yang tidak sabar menikmati siaran DTT percuma disediakan MYTV, anda sebenarnya boleh melakukan ujikaji mudah dengan menyambungkan antena biasa jenis tetulang ikan terus ke set dekoder yang dibeli dari kedai elektrik.

Kemudian sambungkan pula kabel dekoder itu ke set peti TV dan buat pencarian talaan frekuensi yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengikut kawasan liputan pemancar (lihat jadual).

Panduan penalaan lengkap sepenuhnya adalah berbeza mengikut jenama set peti TV, jenis antena digunakan dan model dekoder. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web rasmi MYTV. – Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan