Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MyNic Berhad sasar 3,000 peserta bengkel perniagaan atas talian

Kota Belud: Pengendali laman web .my, MyNic Berhad menyasarkan 3,000 peserta bengkel perniagaan atas talian pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasnul Fadhly Hasan mendedahkan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu turut memfokus golongan mahasiswa sebagai golongan sasaran untuk menjalankan perniagaan seumpama.

“Kita mensasarkan pelajar-pelajar universiti untuk belajar cara untuk menjalankan perniagaan atas talian atau secara tradisional melalui secara kreatif mengunakan fotografi dan sebagainya​.

​”Pada tahun lepas, kita ​telah mengadakan program bersama 60 sekolah di Kota Belud bersama-sama pegawai-pegawai IT untuk meletakkan 60 sekolah di sini ​di​ atas talian.

​”​Selain memberi kesedaran kepada para belia tentang identiti atas talian, kita juga memperkenalkan penjenamaan serta kepentingannya untuk golongan usahawan,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Van Kepada SMK Pekan II, dekat sini, pada Jumaat.

​Menurut Hasnul, ​penyerahan van ​14 penumpang dengan kos RM100 ribu itu ​tersebut merupakan salah ​satu Pr​ogram Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ​MyNic Berhad.

Sementara itu, Pengetua ​SMK Pekan II​, Liasin Kaloh melahirkan penghargaan ​terhadap​ pemberian van berkenaan​ yang akan memudahkan pergerakan para guru dan pelajar terutama dalam urusan rasmi serta kebajikan sekolah.

Hadir ​menyaksikan penyerahan van tersebut adalah Menteri KKMM, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak serta Pegawai Operasi MyNic Berhad, Norzaiton Senusi./Penerangan-

Hasnul (dua dari kanan) menyampaikan replika kunci kepada Liasin (dua dari kiri)​, ​disaksikan oleh Salleh (tengah).

Komen


Berita Berkaitan