Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MyKad bukan untuk PATI – Shafie Apdal

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebaik tiba pada majlis Hari Bersama Ketua Menteri di Dewan Masyarakat Semporna. Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Jo-Anna Sue Henley Rampas. Gambar SNT/Ehsan JKM

SEMPORNA, 23 Ogos (Bernama) — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan MyKad kepada pendatang asing tanpa izin di negeri ini adalah tohmahan daripada pihak pembangkang.

Beliau yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata pemberian MyKad hanya diberikan kepada individu layak dan bukannya Pati.

Katanya, pembangkang cuba membuat tohmahan tidak bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dinaungi Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan serta Upko.

“Cumanya kita cuba bantu apabila ada suami tempatan yang berkahwin dengan orang asing dan ada anak tetapi selepas itu ditinggalkan suami sehingga menyebabkan anak-anak ini menghadapi masalah dokumentasi

“Untuk atasi masalah ini kita serah kepada undang-undang dan dalam hal ini kita ada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya kepada pemberita selepas program Hari Ketua Menteri Bersama Rakyat di sini , hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya hanya memohon kepada JPN untuk membantu rakyat Malaysia yang hilang MyKad misalnya dalam kebakaran.

“Misalnya dalam program hari ini, akibat ibu bapa warga tempatan tetapi tiada surat nikah maka anak mereka ada masalah MyKad dan dalam hal ini kita minta JPN bantu rakyat mengikut lunas undang-undang sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata Jabatan Air Negeri Sabah akan dirombak dan distruktur semula ke arah perkhidmatan jabatan yang lebih cekap dan berkesan.

“Kita akan rombak termasuk visi jabatan ini, supaya jabatan air ini bukan sahaja dapat membekalkan air kepada rakyat tetapi hasilnya turut kepada rakyat dan negeri Sabah,” katanya.

— BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan