Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,672

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MYFUTSAL Putatan juara Kejohanan Futsal Terbuka 2015 MRC

10:35am 15/12/2015 Ann Vivien 82 views Berita Pilihan,Sukan,Tempatan
Jelani (lima dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan Myfutsal di majlis itu.

Jelani (lima dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan Myfutsal di majlis itu.

KOTA KINABALU: Pasukan MYFUTSAL dari Putatan muncul sebagai juara Kejohanan Futsal Terbuka 2015 Momogun Rungus Communiti yang diadakan di Penampang Futsal Center, kelmarin.

Kejohanan itu yang disertai oleh 29 pasukan futsal sekitar Kota Kinabalu dianjurkan Momogun Rungus Communiti ( MRC) dengan kerjasama Rungus FM ( RFM) dan ditaja oleh Persatuan Momogun Rungus Sabah ( SAMORA) .

Pasukan itu menerima hadiah berupa piala, wang tunai sebanyak RM1000 dan sijil penyertaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggung, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden SAMORA.

Naib juara dimenangi oleh pasukan WALTZ FC dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700, piala dan sijil penyertaan.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan NABT FC yang menerima hadiah berupa piala , wang tunai RM500 dan sijil penyertaan .

Menurut Jelani, kejohanan itu merupakan kesinamnbungan dari kejohanan yang sama tahun lalu yang dianjurkan oleh MLR pada masa itu.

“Kita akan menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan dengan harapan lebih banyak pasukan futsal dapat dihadkan kepada 30 pasukan sahaja”, katanya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang telah berjaya melaksanakan kejohanan tersebut dengan cemerlang dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi MRC, Jonos  Ligon dan timbalannya, Encik Romexs Moniring, pengerusi pelaksana Edle Adiak dan Pengurus Rungus Fm, Steven Avong.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan