Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MyBeras: Lebih 29 ribu Keluarga Miskin Di Sabah Bakal Terima Bantuan Beras Percuma

7:36pm 05/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 156 views Tempatan
YAHYA (bersongkok) bersama Musbah(empat dari kiri), Jaujan (lima dari kiri), Ujang (dua dari kiri) dan ketua jabatan lain pada sesi taklimat khas itu

YAHYA (bersongkok) bersama Musbah(empat dari kiri), Jaujan (lima dari kiri), Ujang (dua dari kiri) dan ketua jabatan lain pada sesi taklimat khas itu

KOTA KINABALU- Seramai 29,073 keluarga miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan 20 kilogram beras setiap keluarga sebulan melalui program MyBeras bermula 1 Mac 2016.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, bantuan yang diberikan itu bermula 1 Mac hingga 31 Disember 2015.

“Para penerima bantuan yang terpilih itu terdiri daripada keluarga miskin tegar yang tersenarai dalam Sistem E-Kasih iaitu Bank Data Kemiskinan Nasional”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Khas Kawalan Terhadap Eksport Ikan Segar di Wisma Pertanian Sabah, hari ini.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Haji Musbah Jamli, Pengerusi Safma, Dato’ Haji Jaujan Haji Sambakong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ujang Sulani dan ketua-ketua jabatan serta agensi dibawah kementerian.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, pelaksana bagi program MyBeras ialah BERNAS dengan bantuan Pejabat-Pejabat Daerah, manakala kementeriannya membantu menyelaras dan memantau.

“Program bantuan beras ini bertujuan membantu mengurangkan beban keluarga miskin tegar di Sabah”, jelasnya.

Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari yang lepas.

Dalam perutusan khasnya itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan MyBeras sehingga Disember 2016 bertujuan mengurangkan beban hidup keluarga miskin susulan kenaikan kos sara hidup.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan