Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘MV Dayang Sari’ Mampu Ukur Kedalaman Laut Sehingga 3,000m

KOTA KINABALU – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat melaksanakan aktiviti pengukuran hidrografi dan penerbitan carta-carta nautika yang meluas dan komprehensif dengan perolehan kapal terbaharu, MV Dayang Sari.

TLDM, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, Dayang Sari, yang diperoleh melalui kontrak sewaan bagi menggantikan kapal hidografi MV Aishah 4, berkeupayaan untuk mengukur kedalaman laut sehingga 3,000 meter dengan sistem pengukuran ‘Medium Multibeam Echo Sounder’.

Kapal hidrografi terbaharu TLDM itu dilancarkan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Isnin lalu.

“Penggantian kapal sewaan itu disebabkan pengukuran di perairan Sabah memerlukan kapal yang lebih besar dan stabil untuk pengukuran dasar laut yang lebih luas dan dalam,” menurut kenyataan itu.

Syed Zahiruddin Putra, ketika melancarkan kapal berkenaan berkata, TLDM memandang serius aspek menentukan pengukuran hidrografi untuk keselamatan navigasi di kawasan perairan Sabah dan Sarawak.

“Ia selaras dengan penempatan lebih banyak kapal TLDM di kedua-kedua negeri sejak penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur pada 27 April lalu,” katanya.

Katanya, pengukuran hidrografi berkenaan juga, selain mampu menjana ekonomi sumber laut Sabah dan Sarawak, juga merupakan bukti pendirian kerajaan yang memandang serius keselamatan perairan di kedua-kedua negeri berkenaan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan