Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Muzium Sabah, swasta disaran tingkat kerjasama tarik pengunjung

Musa (tengah) diiringi Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun melawat pameran di Muzium Sabah. - foto ihsan JKM
Musa (tengah) diiringi Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun melawat pameran di Muzium Sabah. – foto ihsan JKM

KOTA KINABALU – Jabatan Muzium Sabah disaran untuk terus mempergiatkan kerjasama dengan pihak swasta bagi membangunkan kemudahan atau menyediakan perkhidmatan lebih menarik kepada para pengunjung.

Menyatakan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sememangnya menjadi harapan kerajaan negeri dan rakyat untuk melihat muzium Sabah terus membangun dengan pesat lagi pada masa akan datang.

“Pihak muzium hendaklah terus mengutamakan peranan tradisinya dalam memelihara warisan budaya dan sejarah. Peranan dan tanggungjawab yang lain adalah sebagai pelengkap seiring dengan kepesatan pembangunan negeri di sampung terus relevan dan menjadi kebanggaan kita dan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran sambutan perayaan Jubli Emas Muzium Sabah di Pentaran Bangunan Utama, Kompleks Muzium Sabah, di sini hari ini.

Musa yang tertarik dengan usaha pihak muzium memelihara khazanah warisan gua Agop Batu Tulug, di Batu Puteh Kinabatangan, mahu Muzium Sabah memainkan lebih proaktif dalam merintis pembangunan tapak bersejarah melalui kajian dan dokumentasi secara meluas.

Musa melakukan upacara menanam pokok sempena sambutan Jubli Emas Muzium Sabah. - foto ihsan JKM
Musa melakukan upacara menanam pokok sempena sambutan Jubli Emas Muzium Sabah. – foto ihsan JKM

“Begitu juga dengan pengusaha inap desa kampung berhampiran yang menyediakan penginapan dan program tambahan untuk pelancong dengan lawatan ke muzium Agop Batu Tulug sebagai salah satu program mereka.

“Walaupun pada skala kecil, ia boleh dijadikan contoh kerjasama pintar yang berjaya. Saya mengharapkan Muzium Sabah akan terus menjadi institusi unggul dalam mempamerkan kekayaan khazanah warisan Sabah untuk tatapan rakyat di negeri ini di samping menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara sebagai tarikan dan keunikan Negeri di Bawah Bayu ini,” ujarnya.

Mengenai sambutan perayaan jubli emas itu, beliau memberitahu 50 tahun bukanlah satu tempoh yang lama bagi sesebuah muzium kerana di negara maju, kewujudan muzium sudah berusia ratusan tahun dan dalam konteks Sabah, negara baharu merdeka 52 tahun dan muzium ditubuhkan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

“Koleksi yang diwariskan oleh G. C Wolly dapat dikumpul sebelum kita merdeka iaitu pada 1947. Pada masa sama, penemuan tapak bersejaran di seluruh negeri menjadi penambah kepada kekuatan muzium ini.

“Saya percaya masih banyak lagi yang belum ditemui. Penemuan tapak kapal karam zaman Dinasti Song Yong terletak berhampiran dengan `Tip of Borneo’ di Kudat, jika dipromosikan sepenuhnya, ia tentu boleh menarik ramai pelancong ke negeri ini,” jelas beliau lagi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan