Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Muzium Sabah Anjurkan Pameran dan Pertandingan Fotografi Komuniti

Muzium pic

Kota Kinabalu – Bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-50, Muzium Sabah sedang menganjurkan Pameran dan Pertandingan Fotografi yang bertemakan Sejarah Keluarga Tunjang Negara.

Kurator galeri muzium Evren Subal berkata pertandingan ini dibuka kepada semua golongan masyarakat di negeri ini yang mempunyai gambar-gambar keluarga era 60-an dan sebelumnya.

“Pertandingan ini ingin memaparkan kepentingan sejarah negara bermula daripada asas utamanya iaitu keluarga,’ katanya ketika dihubungi tadi.

“Pihaknya juga mahu menjadikan pameran dan pertandingan yang bermula dari 2 Jan – 2 Jun ini sebagai elemen dalam pembinaan negara,” tambahnya lagi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati daripada Galeri Sabah. – Sukri/ SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan