Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Muzium Sabah anjur pertandingan, pameran foto bersejarah

Masidi tengah menunjukan poster program berkenaan dan disaksikan oleh Puan Joanna Kitingan , Pengarah Muzium Sabah
Masidi tengah menunjukan poster program berkenaan dan disaksikan oleh Pengarah Muzium Sabah Puan Joanna Kitingan (dua kanan) , Pengarah Muzium Sabah
KOTA KINABALU -Sempena ulangtahun ke-50 pada tahun ini, Jabatan Muzium Sabah akan menganjurkan pertandingan dan pameran foto bersejarah bertemakan Sejarah Keluarga Membentuk Sejarah Negara.
Pertandingan dan pameran itu yang menyediakan hadiah wang tunai sejumlah RM1,500 bagi johan manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM1,000 dan RM800, adalah terbuka kepada rakyat negeri ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, gambar -gambar lama merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya kerana terdapat banyak peristiwa yang tersimpan di dalamnya yang tidak dilihat dan diketahui umum.
“Jabatan Muzium memainkan peranan sebagai satu jabatan untuk memelihara dan memulihara keaslian sejarah agar bahan berharga berkenaan tidak rosak,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata orang ramai yang berminat boleh mengambil borang penyertaan di Muzium Sabah dan cawangan-cawangan JMNS atau memuat turun dari laman web rasmi JMNS.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan