Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUZIUM LOTUD BORNEO SUMBER ILMU KHAZANAH SUANG LOTUD

Madius (kiri) melawat antara bahan pameran yang terdapat di Muzium Lotud Borneo selepas merasmikan muzium berkenaan. -Gambar SNT/Alfred Petrus

TUARAN: Masyarakat Suang Lotud disaran supaya menawarkan artifak-artifak atau sejarah warisan Lotud untuk dipamerkan di Muzium Lotud Borneo.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata usaha berkenaan bertujuan menambahkan lagi koleksi pameran bersejarah di muzium berkenaan.

“Banyak perkara-perkara di sini yang memang generasi pada masa kini tidak nampak lagi.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat melihat dan memahami budaya kerana dalam masyarakat kita pada masa kini sangat-sangat penting bagi kita menanam sikap ingin mengenali, mengetahui orang lain.

“SIkap ingin memahami budaya orang lain itu sangat-sangat penting dan Muzium Lotud Borneo ini satu tempat yang begitu strategik bagi saya dalam menempatkan aftifak-artifak suku kaum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzium Lotud Borneo di sini hari ini.

Katanya, idea mewujudkan muzium berkenaan satu yang menarik dari sudut pendidikan mahupun sebagai tarikan pelancong.

Katanya, dengan adanya muzium itu, ia dapat memperkenalkan lagi kebudayaan masyarakat Suang Lotud bukan sahaja suku kaum berkenaan, tetapi juga seluruh masyarakat Sabah dan pelancong luar.

“Kalau selama ini kita bercerita tentang masyarakat Suang Lotud dan kita hanya mengenali mereka melalui acara-acara kebudayaan seperti pesta Kaamatan serta di pameran-pameran tertentu.

“Tetapi sekarang kita dapat melihat pameran kebudayaan Suang Lotud pada bila-bila masa, malah setiap hari.

“Sekali gus, kita datang menambah pengetahuan dan memahami warisan budaya Suang Lotud,” tambahnya.

Jelasnya, agensi-agensi pelancongan juga dialu-alukan berhubung dengan pihak Muzium Lotud Borneo untuk membawa pelancong-pelancong ke tempat berkenaan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan