Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Muzium Galeri Tun Sakaran tarikan baru pelancongan

Tun Sakaran (dua kanan) diringi Nasir (kiri) dan Toh Puan Siti  Rukaiyah (dua kiri) diberikan penerangan ringkas oleh seorang kakitangan Jabatan Muzium Sabah mengenai sebahagian pameran dan perahu Lepa yang turut dipamerkan sempena meninjau persiapan akhir Muzium Galeri Tun Sakaran di Semporna.

SEMPORNA – Keunikan Muzium Galeri Tun Sakaran, dalam daerah ini bakal menjadikannya satu lagi produk dan daya tarikan baru pelancongan di Sabah, apabila ia dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat ini.

Muzium dua tingkat berkonsepkan rumah tradisional masyarakat Bajau Semporna dan Lepa-Lepa itu, menempatkan sudut pameran koleksi dan biografi mantan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, khazanah warisan daerah pantai timur khususnya di Semporna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, muzium itu dibina sebagai pusat rujukan bahan sejarah perjuangan pemimpin negeri ini serta gedung membina ilmu dan pemeliharaan warisan adat resam seni dan budaya Sabah.

Muzium bernilai lebih RM3 juta itu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri terletak di kawasan Kompleks Inabah Kamal Semporna, iaitu kira-kira dua kilometer dari Pekan Semporna. – SayangSabah

Komen

Berita Berkaitan