Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,703

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mutiara RM403 juta

9:39am 24/08/2016 Pak Roshan 9305 views Global
MUTIARA yang diserahkan nelayan berkenaan.

MUTIARA yang diserahkan nelayan berkenaan.

Manila: Seorang nelayan menyerahkan sebutir mutiara dipercayai yang terbesar ditemui di dunia – lima kali ganda lebih besar berbanding rekod sebelum ini.

Lelaki yang tidak dinamakan itu menemui mutiara seberat 34 kilogram berkenaan 10 tahun lalu di perairan berhampiran Pulau Palawan.

Dia tidak mengetahui nilai sebenar permata itu hampir AS$100 juta (RM403 juta) sebaliknya menyimpannya sebagai tangkal di rumahnya.

Dia bagaimanapun terpaksa berpindah selepas rumahnya terbakar awal tahun ini.

Dia menyerahkan permata berkenaan kepada seorang pegawai pelancongan tempatan di Puerto Princesca yang mengesahkan ia ditemui di dalam seekor kima gergasi.

Mutiara itu selebar kira-kira 0.3 meter dan sepanjang 0.67 meter – jauh lebih besar berbanding permata digelar Pearl of Allah yang seberat 6.4 kilogram dan bernilai AS$35 juta (RM141 juta).

Sementara itu, pegawai pelancongan terbabit, Aileen Cynthia Amurao berkata: “Nelayan itu menemui mutiara itu ketika menyelam untuk membebaskan sauhnya yang tersangkut pada batu besar 10 tahun lalu.

“Dia tidak mengetahui nilai mutiara itu, sebaliknya menyimpannya sebagai tangkal. Kami terkejut apabila dia membawanya. Kami perlu mendapat pengesahan daripada pakar mengenai nilai sebenarnya.

“Namun kami yakin Purteo Princesca bakal mencipta nama sebagai tempat mutiara asli terbesar dunia ditemui.”

Katanya, mutiara itu akan terus disimpan di Filipina dan dia berharap ia akan menarik lebih ramai pelancong ke bandar berkenaan.

Permata itu dipamerkan untuk orang ramai semalam.

Mutiara terbesar sebelum ini ialah Pearl of Allah yang juga ditemui di Palawan pada 1934.

Ia kini dipamerkan di Ripley’s Believe It or Not! di New York. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan