Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,998

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musytari, Zurah Bersatu

10:57am 27/08/2016 Leolerry Lajius 73 views Kota Kinabalu,Tempatan
Kedudukan planet Musytari dan Zurah pada 28 Ogos ini yang kelihatan seperti bersatu.

Kedudukan planet Musytari dan Zurah pada 28 Ogos ini yang kelihatan seperti bersatu.

KOTA KINABALU : Planet Musytari dan Zuhrah bakal kelihatan berada pada kedudukan sangat hampir antara satu sama lain seolah-olah bersatu dengan jarak pemisahan antara keduanya hanya 0.02 darjah sahaja pada 28 Ogos ini.

Menurut Pegawai Sains Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, fenomena ini berlaku kerana kedudukan orbit planet Musytari dan Zuhrah yang hampir bersilang telah menyebabkan sudut pandangan kedua-dua planet tersebut dari Bumi kelihatan sangat kecil perbezaannya sehingga kelihatan seakan-akan hampir bertembung.

“Planet-planet seakan-akan berada sangat hampir antara satu sama lain dan keduanya tidak mungkin akan berada sebegini hampir sekali lagi sehingga menjelang tahun 2025 nanti.

“Lebih menarik, kejadian fenomena ini memenuhi kriteria “Appulse” iaitu suatu istilah astronomi yang merujuk kepada kedudukan yang terlalu dekat antara suatu objek angkasa dengan yang lain,” katanya.

Tambah Zamri, fenomena appulse adalah sesuatu yang istimewa di mana ianya berlaku apabila dua objek angkasa terpisah terlalu kecil iaitu hanya kurang daripada 1 darjah di antara satu sama lain.

Untuk melihat fenomena ini, orang ramai boleh melihat ke langit arah Barat selepas Matahari terbenam sehingga menjelang jam 6.30 petang pada 28 Ogos ini. Kedua-dua planet akan kelihatan berada terlalu dekat antara satu sama lain seolah-olah di sana muncul suatu planet yang sangat cerah tetapi ia sebenarnya merupakan gabungan cahaya daripada kedua-dua planet yang berdekatan tersebut  dan berada pada ketinggian sekitar 15 darjah dari kaki langit di sebelah Barat.

Walau bagaimanapun, kenampakan objek langit ini bergantung kepada keadaan cuaca.

Sementara itu, Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazer) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan program pencerapan planet berkenaan di Segama Waterfront bermula jam 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook dan Twitter Sabah Stargazer./SayangSabah

Pegawai Sains Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor

Pegawai Sains Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan