Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mustahil tutup kedai: Hassan

malek

KOTA KINABALU– Kerajaan menolak kemungkinan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan boleh melumpuhkan perniagaan peniaga-peniaga kecil.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hassan Malek berkata, pelaksanaan GST oleh kerajaan bukan untuk membebankan rakyat, sebaliknya ia membantu membawa pembangunan kepada mereka.

“Saya tidak fikir akan ada peniaga-peniaga kecil terutama di luar bandar yang bakal tutup kedai ekoran pelaksanaan GST mulai tahun depan. Ini kerana kerana, cukai bagi barangan GST hanya melibatkan sesetengah barangan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Francais Komuniti Peringkat Negeri Sabah, di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah Pejabat KPDNKK Cawangan Sabah, Severinus Tukah.

Hassan menjelaskan perkara itu ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Perniagaan Cina Kota Kinabalu (KCCI) baru-baru ini mengenai kesan pelaksanaan GST tahun depan dikhuatiri akan mengakibatkan peniaga kecil terpaksa tutup kedai.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi memberi jaminan kepada semua peniaga termasuk peruncit kecil-kecilan bahawa GST Tidak akan menjejaskan perniagaan mereka.

Katanya, semua pihak harus memahami konsep GST di mana hasil cukai barangan dan perkhidmatannya akan digunakan kerajaan untuk memajukan negara.

“Menerusi cukai GST ini, kerajaan akan membawa pembangunan ke semua tempat terutama ke kawasan luar bandar. Jadi, ia berbalik kepada rakyat juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hassan memberitahu ekoran pelaksanaan GST tahun depan juga, seramai 1,800 penguatkuasa KPDNKK bakal ditugaskan untuk memantau peniaga-peniaga seluruh negara.

Beliau menjelaskan, pegawai penguatkuasa tersebut akan memantau sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga barangan sesukati hati.

Komen


Berita Berkaitan