Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Muslihat di sebalik jalan terhenjut-henjut

KOTA KINABALU: Gelagat seorang lelaki terhenjut-henjut ketika diarah keluar dari keretanya membongkar penemuan plastik berisi dadah disyaki syabu disorok dalam kasut dipakainya dalam kejadian di Jalan Sembulan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek berusia 24 dikatakan memandu sebuah kereta melalui Jalan Bulatan Mat Salleh, di sini, sebelum ditahan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Difahamkan, suspek terjebak dengan penyalahgunaan dadah syabu akibat putus tunang sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata ketika polis membuat rondaan di kawasan Sembulan, terserempak dengan sebuah kereta PERODUA Myvi dipandu lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis kemudian mengarahkan pemandu kereta terbabit berhenti di bahu jalan untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemui satu plastik putih berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan berat 2.38 gram di dalam kasut sebelah kanan yang dipakai suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan