Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa wira Nigeria

AHMED Musa (kanan)meraikan gol ketika menentang Iceland. – Foto REUTERS

 

VOLGOGRAD, Russia: Ahmed Musa kembali ke kesebelasan utama dengan kesan pemusnah ketika dia menjaringkan kedua-dua gol buat Nigeria seterusnya menghidupkan peluang di Piala Dunia menerusi kemenangan 2-0 mengatasi Iceland di Volgograd Arena, sebentar tadi.

Tidak bermain pada saingan pembukaan Kumpulan D di Russia, Musa menunjukkan nilai sebenarnya dengan dua jaringan hebat yang memberikan skuad dari Afrika itu peluang untuk ke pusingan kedua.

Gol pembukaan sejurus selepas babak pertama, menyaksikan dia mengawal bola dari udara dengan sentuhan pertama sebelum meledak ke gawang.

Jaringan kedua hadir pada minit ke-75 apabila dia memecah masuk dari sayap dan mengelak penjaga gol sebelum menyepak ke gawang.

Pemain Iceland, Gylfi Sigurdsson menyepak penalti melepasi palang pada minit ke-82, menafikan peluang pasukannya untuk bangkit pada lewat permainan.

Semua tiga lagi pasukan dalam kumpulan itu masih berpeluang mara mengikut jejak Croatia, namun Argentina dan Iceland sedar mereka mesti menang untuk mencipta peluang untuk mara. – REUTERS/BH Online

Komen


Berita Berkaitan