Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA: UMNO SABAH KIAN MATANG, USUL DIBAWA MANFAATKAN RAKYAT

umno tuaran

TUARAN: Anggota Umno di Sabah kian matang serta berpengalaman dalam mengendalikan mesyuarat berdasarkan usul yang dikemukakan, kata Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kebanyakan usul yang dikemukkan jelas tertumpu kepada isu-isu yang bakal memberi manfaat kepada rakyat di Sabah dan negara keseluruhannya.

Semua usul yang dibangkitkan bahagian akan dinilai dan jika sesuai akan dibawa hingga ke peringkat Umno Pusat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Road To MAHA 2014’ Peringkat Negeri Sabah di sini kelmarin.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, mesyuarat Perwakilan Bahagian Umno di Sabah setakat ini berjalan lancar dengan beberapa bahagian termasuk Putatan dan Kota Kinabalu menyempurnakan mesyuarat bahagian masing-masing mengikut jadual.

“Saya dapati setiap bahagian telah membuat persiapan rapi bagi memastikan perjalanan mesyuarat bahagian masing-masing dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya menambah semangat perpaduan dalam kalangan anggota dan pemimpin Umno juga didapati kian teguh.

Komen


Berita Berkaitan