Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa tidak letak jawatan

KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. – Foto Khairull Azry Bidin

 

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Musa Aman tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perkara itu disahkan oleh setiausaha akhbar beliau, Afeiza Khan menerusi kenyataan di sini, malam ini.

“Tiada apa-apa perubahan. YAB Tan Sri Musa Haji Aman tidak meletak jawatan. Beliau masih Ketua Menteri yang sah,” katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Menteri Sabah yang mengangkat sumpah semalam, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini meminta Musa meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan daripada sebahagian besar ADUN.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) dilaporkan berkata, ada dua perkara yang boleh dibuat susulan kemelut politik di Sabah ketika in.

Pertama, katanya, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Musa meletak jawatan.

Tetapi dalam kes ini, katanya, Musa selaku Pengerusi BN perlu meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan.

Musa yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2004, mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada malam Khamis lalu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memiliki 31 dari 60 kerusi DUN.

Bagaimanapun, enam ADUN BN kemudian menyertai pakatan WARISAN dan Pakatan Harapan (PH) sekali gus memiliki 35 kerusi dan meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan