Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA TIDAK HADIR ANGKAT SUMPAH

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali (kiri) dilihat beredar dari bangunan DUN Sabah selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman tidak hadir untuk mengangkat sumpah seperti dimaklumkan oleh pihak bekas Ketua Menteri Sabah itu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Majlis angkat sumpah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan ekoran ketiadaan beliau.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman ketika ditemui pemberita di luar Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah petang ini.

“Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau tidak hadir dalam majlis angkat sumpah yang dijadualkan pada pukul 2.30 petang ini.

“Wakil Musa telah menghubungi kami tadi dan memaklumkan mengenai perkara itu (ketidakhadiran Musa).

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman ketika ditemui pemberita diluar lobi bangunan DUN Sabah selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman tidak hadir untuk mengangkat sumpah seperti dimaklumkan oleh pihak bekas Ketua Menteri Sabah itu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Mereka akan menghantar surat rasmi susulan menerusi email kepada kami bagi menjelaskan hal ini,” katanya.

Selain Abdul Rahman, turut kelihatan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Syed Abas Syed Ali dan seorang Timbalannya, Datuk George Ginibun.

Musa kembali ke Malaysia pada 21 Ogos lepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dari Lapangan Terbang Selatar Singapura selepas lebih tiga bulan berada di luar negara.

Ahmad berkata, semua pihak harus bersabar dan memberikan ruang kerana Musa masih mempunyai masa untuk mengangkat sumpah.

“Kita perlu bertenang dan bersabar dalam hal ini kerana beliau (Musa) mempunyai masa sebelum 11 September.

“Kita hanya mengikut peraturan ditetapkan oleh undang-undang dan oleh itu tidak perlu untuk kelam kabut,” ujarnya.

Berdasarkan perlembagaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberi tempoh selama tiga bulan untuk mengangkat sumpah semasa sidang DUN yang pertama.

Sidang DUN pertama Sabah telah diadakan pada 11 Jun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Mengikut Artikel 22 (2) Perlembagaan negeri, kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenangi Musa akan dianggap kosong jika ADUN gagal mengangkat sumpah jawatan dalam masa tiga bulan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan