Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA TERBANG BALIK KE KUALA LUMPUR

Tan Sri Musa Aman memasuki Bilik Persidangan DUN Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga petang tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Tidak sampaipun 10 jam berada di sini, Tan Sri Musa Aman berlepas balik ke Kuala Lumpur menaiki jet Bombardier Global 500 lebih kurang jam 10 malam tadi.

Musa tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menggunakan jet peribadi yang sama jam 12.20 tengahari tadi.

Kedatangan beliau ke sini nampaknya hanya untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Sungai Sibuga pada jam 3.33 petang tadi.

Selepas itu beliau berehat sebentar di kediamannya di Luyang sebelum berangkat ke lapangan terbang.

Bernama melaporkan antara penyokong Musa yang turut menghantar beliau di lapangan terbang ialah bekas Anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Gulam Haidar Khan, dan bekas ADUN Kunak Datuk Nilwan Kabang.

Soalan mengenai kepulangan beliau yang begitu singkat dari wartawan yang menunggu beliau di  lapangan terbang tidak mendapat jawapan.

Difahamkan Musa akan menjalani rawatan perubatan lanjutan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Musa dilaporkan perlu berhadapan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihanraya Umum ke-14 lalu.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan