Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa sokong pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie

TAWAU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, menyokong keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas kesalahan disiplin dan menggantung keahlian Naib Presiden, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.

Menurut beliau, keputusan secara sebulat suara Ahli MT UMNO ini dibuat setelah melihat dan meneliti sikap dan tindakan mereka yang terlibat yang telah secara berterusan membelakangkan kepentingan dan integriti parti.

“Sebagai ahli apatah lagi pemimpin, kita mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa menghormati, menjaga dan mematuhi disiplin, etika dan undang-undang parti,”katanya ketika ditemui media sempena Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 6 di sini.

Tambah beliau, apa yang lebih penting adalah perjuangan parti dan mengenipikan kepentingan diri sendiri.

“Parti juga perlu terus diperkasakan, perpaduan dan kesatuan pemimpin dan ahli di semua peringkat perlu terus kita mantapkan dan perkukuhkan di bawah kepimpinan presiden parti “katanya.-/SayangSabah 

Komen


Berita Berkaitan