Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa: Semua pihak perlu bekerjasama dalam meningkatkan mutu pendidikan negeri ini.

musa

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri bersama-sama kerajaan pusat khususnya Kementerian Pendidikan akan sentiasa bekerjasama dan berganding bahu untuk meningkatkan kecemerlangan dan mutu pendidikan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kerjasama semua pihak amat penting kerana kecemerlangan pendidikan akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat pada keseluruhannya.

“Saya percaya dengan komitmen dan dedikasi warga pendidik, dengan disiplin dan kesungguhan para pelajar, dengan sokongan padu dan kerjasama pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat, lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan boleh kita capai,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR) Jabatan Negeri Sabah, di Pan Pacific Sutera, disini, semalam.

Selain itu, beliau berkata pencapaian akademik para pelajar menunjukkan peningkatan dan pencapaian yang membanggakan pada setiap tahun.

“Walaupun pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 menunjukkan sedikit penurunan, kita gembira kerana bilangan calon lulus semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu dari 40.47 peratus kepada 48.44 peratus pada tahun 2015,” ujarnya.

Menurut Musa, kejayaan yang dicapai itu adalah bukti kecemerlangan sistem persekolahan dan pendidikan di negeri ini merupakan hasil kerjasama mantap antara barisan pentadbir, guru- guru, ibu bapa dan para pelajar. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan