Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa selesai beri keterangan kepada SPRM

KENDERAAN yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman keluar tepat jam 2.10 petang dari bangunan SPRM, Putrajaya. – NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

 

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman beredar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 2.10 petang tadi selepas lebih dua jam memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Musa dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna perak.

Terdahulu, Musa tiba kira-kira jam 11 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan berkenaan.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah itu berhubung dakwaan rasuah pada PRU-14.

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hadir di ibu pejabat SPRM pagi ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada PRU-14 lalu. – NSTP/Malai Rosmah Tuah

Menurut Azam, pihaknya membenarkan Musa mendapat rawatan dan sihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.

Musa yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah pada 26 Jun lalu mengesahkan beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu untuk rawatan perubatan di London. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan