Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa sah sebagai Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri untuk kali kelima kira-kira jam 11.10 malam tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin, di istana negeri.

Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini menyaksikan saingan sengit antara BN dan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan kerjasama mereka DAP dan PKR yang masing-masing memperolehi 29 kerusi DUN menjadikan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menjadi kuasa penentu untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Namun selepas Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memutuskan untuk bekerjasama dengan BN, ia memberikan majoriti mudah kepada BN untuk membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Madius Tangau, membuat kenyataan bahawa parti berkenaan telah keluar daripada BN dan bergabung bersama Warisan.

Bagaimanapun, lima ADUN terbabit, Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Ewon Benedick (Kadamaian), Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) menyatakan pendirian kekal dalam BN./SayangSabah

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, di hadapan Tun Juhar, malam tadi.

Komen


Berita Berkaitan