Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA RAKAM UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUN ABDUL RAHMAN YA’KUB

ma

KOTA KINABALU, 11 Jan : Datuk Seri Musa Aman dan keluarga hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya’kub yang meninggal dunia Jumaat lepas.

Ketua Menteri Sabah itu berkata Allahyarham yang juga bekas ketua menteri Sarawak dan bekas menteri kerajaan pusat banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara dan negeri Sarawak.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan negeri Sarawak. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman,” kata Musa dalam kenyataan di sini malam ini.

Abdul Rahman, 87, meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, kira-kira 9.30 malam, pada Jumaat dan jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Semariang, semalam.

Allahyarham merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970-1981), dan bapa saudara kepada Yang Dipertua Negeri sekarang, Tun Abdul Taib Mahmud.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan