Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa puji inisiatif sekolah persendirian bina pusat pendidikan awal kanak-kanak

Musa Aman (tiga dari kanan) semasa perasmian Bangunan Pentadbiran Tadika Pea Wha, Batu 12, Jalan Labuk Sandakan. - foto JKM
Musa Aman (tiga dari kanan) semasa perasmian Bangunan Pentadbiran Tadika Pea Wha, Batu 12, Jalan Labuk Sandakan. – foto JKM

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyedari prospek generasi muda tempatan dapat diasah menjadi modal insan cemerlang dan berilmu pengetahuan menerusi penyediakan keperluan pendidikan secara berterusan untuk mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mengakui bahawa hasil pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai sektor di negeri ini telah membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terutama ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak.

“Disamping usaha kerajaan menyediakan keperluan dan peruntukan yang besar untuk pendidikan, mana-mana individu atau organisasi berkemampuan juga boleh menyumbang bersama menjayakan agenda pendidikan anak-anak kita,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Bangunan Pentadbiran Tadika Pea Wha dan Pesta Angpau 2015 di Batu 12 Jalan Labuk, Sandakan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pea Wha dan ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut.

Tadika berkenaan merupakan sebuah pusat pendidikan yang dibangunkan hasil dana yang digerakkan dan dikumpul oleh jawatankuasa Lembaga Pengurusan Sekolah tersebut.

Musa menambah, kerajaan negeri menyambut baik dan memuji daya usaha serta inisiatif Lembaga Pengurusan Sekolah itu atas daya usaha mengumpul dana mendidikan bangunan baharu bagi menampung keperluan tadika di daerah itu.

Katanya, Pea Wha merupakan sebuah tadika yang mempunyai keistimewaan tersendiri dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur tersedia dan menjadikan tadika ini sebuah pusat didikan awal yang baik, kondusif.

Beliau percaya, usaha murni itu memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak bukan sahaja kerajaan, bahkan individu, persatuan dan organisasi yang berkemampuan untuk menjayakan pembinaan bangunan baharu itu.

“Saya berharap dengan terbinanya bangunan baharu dan serba lengkap, sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan